SLAMAT HARI RAYA utk smua yg menyambutnya.. aq ambil kesempatan ne utk mohon ampun & maaf d atas semua kesilapan yg aq bwat.. aq taw thn ne aq bnyk kena kn org hehehe... maaf yaaaa... safe journey! weeeehuuu balik kg!! byeeeeee!!
eid' mubarak
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 6:46 PM 0 comments
MasyaAllah!
seberapa tebal kah iman kita?? hurmm.. tepuk dada tanya selera... mohon d jauhkan oleh Allah s.w.t perkara2 yg merosakkan diri ini... "Ya Allah! pelihara lar aq, keluarga ku & teman2ku dr sebarang perbuatan yang keji... Amin!"
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 6:37 PM 0 comments
Alam Masyhar
sekadar ingin berkongsi sedikit ilmu yg d peroleh dr email aq... (: menitis air mata ne bla mengenangkan kealpaan dan dosa menimbun selama ne....
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk
besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &
beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat
yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan
siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri
menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha
Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup
sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas
bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak
berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak
pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan
bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang
menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).
Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah
huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga
dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( ÍæÖ ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin
sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi
empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a. Pemimpin yang adil.
b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata
"Aku takut pada Allah".
f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga
ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu
kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi
Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya
mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang
lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu
terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
15. 'Arasy ( ÚÑÔ ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4
orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana
yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.
Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( ßÑÓí ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan
timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun
dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah
ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap
pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan
amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama
kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan
mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan
tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan
mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah
dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk
menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,
kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di
adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s..a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan
hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan
untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang
mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk
yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 8:51 PM 0 comments
HAPPY BIRTHDAY my babhujie....
wahhhh betul2 terharu dgn kawan2 yg sama2 support utk bwt surprise bufdae utk babhujie qu a.k.a DJ Ayu alahaaaiiiiiiiiiiiii~~ hehhe... mmg best biarpun dia kena mandi bedak hehehe... sowie babhujie.... (:
smoga dia menjadi tabah & kuat dlm menghadapi setiap dugaan yg dtg dari Nya.. insyaAllah aq berusaha & akan tetap jd kwn yg akan sentiasa ada d cc ko tika susah, senang, sedih & gembira.. insyaAllah.....
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 9:32 PM 0 comments
assalamualaikum..
ermm... nampaknya hari2 yg aq lalui berjaya membuatkan org lain yakin aq adalah seorang gadis yg setabah & sekuat mereka sangkakan utk berdepan dgn ujian ne...
namun... di sebalik semua ne, hanya aq & Dia shj yg taw mcmana aq berdepan dgn ujian & balasan dr Nya ini.... Ya Allah! malu nya aq kerna tidak kuat utk menghadapi dugaan Mu yg kecil ini... )':
sesungguhnya ibadah solat aq mlm ne d penuhi dgn linangan air mata... terasa begitu sayu skali hari ne.. ntah lar knapa... bayangan dosa silam & hukuman yg menanti d Sana bermain d fikiran... Ya Allah! Ampuni lah hamba mu ini.. )': tiada manusia yg baik hari ini tidak mempunyai masa lampau yg buruk.... doa ku agar iman ini sentiasa d tetapkan oleh Nya agar tabah utk menghadapi setiap dugaan & ujian yg tiba...
aq x pasti sampai bla semua ne akan berakhir... slagi aq mampu bertahan, insyaAllah, x akan aq berputus asa mencuba yg terbaik.. semoga d bukakan pintu hatinya...
teringat pesan seorang teman.. "ingat lah hukum karma.. idup ne sentiasa berputar.. stiap yg kita lakukan kpd org lain tidak kira lah kejahatan atau kebaikan, pasti kita akan merasai balasannya suatu ari nanti".... )':
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 5:23 AM 2 comments
1st event by me
assalamualaikum w.b.t ngeee~~
ermm... tinggal 5 hari lagi b4 event Malam Mesra utk Kesihatan Awam ne berlangsung... grrr!!! takutt owhhh... b'debar2 pun ada juga... al maklum larr... ne 1st event yg aq anjurkan a.k.a floor manager utk event ne... so rasa tanggungjawab utk bwt majlis ne GAH mmg t'letak atas bahu aq... memandangkan ne event yg buat JULUNG-JULUNG KALINYA diadakan d KA ne, so terasa larr maw bwat sumtink yg happening & semestinya m'harapkan aktiviti ne akan d ingati oleh semua.. hehehe!! >_<
aku happy gilaaaaa larr sbb aq ada AJK2 yg mmg best & 1 kepala utk bekerjasama bg memastikan event kami ne MALATOPSSS!!! thanx thanx thanx frensss!! mlm tuh nti kta mustiii malatops dgn baju etnik masing2 arr.. hehek! manataw ada rezeki kamurang menang King & Queen Of The Night... lalallaaaa... yg sedey nya, terlepasss larr peluang aq maw ambil gelaran "BEST COUPLE" sbb aq x couple mlm tuh... jeng jeng jeng! ada ka yg sudi neyhh maw jd couple aq mlm tuh??? tetttt!! hehek! nda pa... nex year insyaAllah... :p
Now d ofis ne bz bwat persiapan menjelang majlis tuh nanti... rasa bkobar2 sdh smua ne... al maklum larr... 1st taim kn bwat majlis gini... kesian :( hehek! ermmm... bdebar menunggu sama ada success ataw x majlis tuh... apa2 pun, doa kn yg terbaik utk kami ... >_< maw taw success ataw nda aq handle majlis ne, kena larr tunggu nex blog!! ngeeee~~~ >_<
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 10:01 PM 3 comments
SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR
assalamualaikum w.b.t... (,"(",)
lama rasanya x singgah d blog aq ne... tiba2 mlm ne tergerak hati maw kongsi apa yg aq baca... x salah rasanya kongsi apa yg kita taw selagi ianya x melanggar batas2 kn... :) ermm... alhamdulillah, perjalanan idup yg aq lalui selama 23thn menjadi penghuni d dunia pinjaman dr Nya ne menjadi kn aq sorang gadis yg lebih matang & alhamdulillah semakin terbuka hati ini utk kembali mendekati Nya..aq akui sebelum ne aq alpa dgn semua nikmat yg d berikan olehNya kpd aq & bila slh satu nikmat tuh d tarik blk oleh Nya, baru aq sedar yg aq sdh terlalu jauh terpesong & melupakan Dia.. Ya Allah! kejamnya aq... :'( alhamdulillah, aq temui Nur dari Nya... jum sama2 kta hayati pa yg aq baca ne utk d jadi kn panduan & supaya kta semua lebih mendekatkn diri kepadaNya memandangkan kita kini menghampiri dunia akhir zaman....
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
1) Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2) Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3) Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4) Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5) Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6) Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7) Gempa bumi di Timur.
8) Gempa bumi di Barat.
9) Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10)Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan:
“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
~WALLAHUALAM~
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 5:22 AM 0 comments
isi hati si princess lulu
ermm... ari ne rasa nda brapa okeh.. dengan keja d opis yg smua urgent' arggghhh! x suka.. tambah2 bila bdepan dgn 1001 mcm perangai manusia.. nda suka nya!!! huhuu..
lagi 1 ari ne rasa sedeyyyy btl... ntah napa ne.. telebey pla tahap sensitif aq ari ne...sum1 bwat aq btl2 terasa ati...huhuu.. nangis sorg dlm blk ne rasa nda puas sbb aq mesti luah kn apa yg ada dlm ati ne dgn sum1...
taim ne aq lebey perlukan mama utk ada dgn aq... huhuuu... rindunya ngan mama... :'( maw luah kn dgn org lain rasa mcm x terkeluar pla...ntah larrr... aq bkn pendam hal ne ari ne ja, tp sdh lama.. huhuu.. so skg ne baru rasa tuh klaur smua... now aq rasa sgt2 terpinggir!!!! huaaaaaaaaaaaaa!! sdh lar aq x sepa2 d kk ne.. bla sum1 bwt aq gini, tambah lg rasa sunyi tuh... nda suka ehhhh!! klu d opis perasaan ne okeh sket sbb ada kwn2 yg bley bwt aq hepy.. tp d rmh ne?? sunyiiiii... :'(
air mata.. huhuuu.. plss.... bhenti lar mengalir... syuhhhhh syuhhhhhh perasaan sedey.. dtg larr wahai kegembiraan.. temani c princess lulu.. jgn biar kn sunyi dtg b'tandang...
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 6:28 AM 0 comments
K.E.H.I.D.U.P.A.N
Lama rasanya aq tinggalkan blog aq ne... stiap kali maw start menaip ja, musti mouse menghala ke "sign out".. berhabuk & sawang pun banyak sdh lps lama aq kasi tinggal hehhee...
hari ne trasa pla maw share psl kehidupan.. ermm..
life aq berjalan seperti biasa... bangun pagi, pi ofis, balik ofis, layan drama Adamaya & diari Af, pastuh buka FB... hidup yg sgt2 aq suka tambah2 di kelilingi oleh kwn2 yg 'satu kepala' huhahuha... huhh! nda terbayang kalau skali lagi aq kehilangan kwn2 yg paling aq syg skg ne! namawwwwwwwwwwwww!!!
huurrmm... lumrah manusia.. setiap apa yg sudah kita miliki mesti kita rasa nda cukup kn?? ada pla jenis makhluk yg x pandai bersyukur dgn apa yg dia ada.. huhuu.. mcm aq.. maw lebih.. lebih.. lebih & lebih lg! termasuk lar perhatian... lalalaaaa heheee... jiwang pla ptg2 ne.. ouchh! besa lar kn perempuan memang gitu... klu kurang perhatian sket, musti rasa diri nda kena syg lar.. nda kena peduli larr... hehek! manja!! wellllllll.... :p
kadang apa yg kita ingin kn nda selalunya kita dapat... susah bha maw didik jiwa aq ne blajar utk fhm smua tuh.. pandai jua t'keluar landasan slalu.. huhh! last2 sendiri yg sakit ati... arghh! ada aq kisah?? ahahhaha!
aq perlu sedar yg kehidupan ne nda menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. kadangkala manusia ne d asak dgn pelbagai dugaan & ujian. sekiranya kita lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan nda berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri & keadaan... huhuuuu...
orang ckp, kehidupan tuh 1 nikmat bg org yang tahu menghargai & menyedarinya... jd?? apa lar?? hehek! bha jum kita nikmati kehidupan dgn cara yg betul... insyaallah... <3
Posted by (,"(",)LuLu'nEttiya at 2:45 AM 0 comments