BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

1st event by me




assalamualaikum w.b.t ngeee~~

ermm... tinggal 5 hari lagi b4 event Malam Mesra utk Kesihatan Awam ne berlangsung... grrr!!! takutt owhhh... b'debar2 pun ada juga... al maklum larr... ne 1st event yg aq anjurkan a.k.a floor manager utk event ne... so rasa tanggungjawab utk bwt majlis ne GAH mmg t'letak atas bahu aq... memandangkan ne event yg buat JULUNG-JULUNG KALINYA diadakan d KA ne, so terasa larr maw bwat sumtink yg happening & semestinya m'harapkan aktiviti ne akan d ingati oleh semua.. hehehe!! >_<
aku happy gilaaaaa larr sbb aq ada AJK2 yg mmg best & 1 kepala utk bekerjasama bg memastikan event kami ne MALATOPSSS!!! thanx thanx thanx frensss!! mlm tuh nti kta mustiii malatops dgn baju etnik masing2 arr.. hehek! manataw ada rezeki kamurang menang King & Queen Of The Night... lalallaaaa... yg sedey nya, terlepasss larr peluang aq maw ambil gelaran "BEST COUPLE" sbb aq x couple mlm tuh... jeng jeng jeng! ada ka yg sudi neyhh maw jd couple aq mlm tuh??? tetttt!! hehek! nda pa... nex year insyaAllah... :p
Now d ofis ne bz bwat persiapan menjelang majlis tuh nanti... rasa bkobar2 sdh smua ne... al maklum larr... 1st taim kn bwat majlis gini... kesian :( hehek! ermmm... bdebar menunggu sama ada success ataw x majlis tuh... apa2 pun, doa kn yg terbaik utk kami ... >_< maw taw success ataw nda aq handle majlis ne, kena larr tunggu nex blog!! ngeeee~~~ >_<

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

assalamualaikum w.b.t... (,"(",)

lama rasanya x singgah d blog aq ne... tiba2 mlm ne tergerak hati maw kongsi apa yg aq baca... x salah rasanya kongsi apa yg kita taw selagi ianya x melanggar batas2 kn... :) ermm... alhamdulillah, perjalanan idup yg aq lalui selama 23thn menjadi penghuni d dunia pinjaman dr Nya ne menjadi kn aq sorang gadis yg lebih matang & alhamdulillah semakin terbuka hati ini utk kembali mendekati Nya..aq akui sebelum ne aq alpa dgn semua nikmat yg d berikan olehNya kpd aq & bila slh satu nikmat tuh d tarik blk oleh Nya, baru aq sedar yg aq sdh terlalu jauh terpesong & melupakan Dia.. Ya Allah! kejamnya aq... :'( alhamdulillah, aq temui Nur dari Nya... jum sama2 kta hayati pa yg aq baca ne utk d jadi kn panduan & supaya kta semua lebih mendekatkn diri kepadaNya memandangkan kita kini menghampiri dunia akhir zaman....

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
"Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1) Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2) Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3) Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4) Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5) Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6) Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7) Gempa bumi di Timur.

8) Gempa bumi di Barat.

9) Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10)Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan:
“Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

~WALLAHUALAM~